Sarawak ID|Register

News

Kerja Pembaikpulihan Paip Pecah Berdekatan Stesen Petronas Di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu
Posted on : 15 Mar 2024  Source of News: newspaper
 

15 Mac 2024 - Pihak Lembaga Air Sibu (LAS) ingin memaklumkan kepada pelanggan LAS berkenaan persiapan kerja pembaikpulihan paip pecah berdekatkan dengan Stesen Petronas di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu.

Kerja pembaikpulihan ini melibatkan paip utama jenis 'Mild Steel' yang berdiameter 450mm yang telah mengalami kebocoran akibat tanah mendap.

Bagi memastikan aspek keselamatan dan kecekapan kerja pembaikpulihan, pihak kontraktor LAS kini sedang membuat persediaan bagi melaksanakan kerja pembaikpulihan tersebut dalam masa terdekat.

Sebagai langkah persediaan oleh para pelanggan LAS, notis gangguan bekalan air kawasan yang terjejas akan diumumkan dua hari lebih awal sebelum kerja pembaikpulihan dijalankan melalui laman web rasmi LAS, Facebook, saluran Telegram, dan juga menerusi kenyataan akhbar tempatan.

Kami mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai semasa pelaksanaan kerja pembaikpulihan ini dan berharap akan membantu pelanggan LAS yang terjejas nanti membuat persediaan yang diperlukan.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Lembaga Air Sibu di talian 0138106311.

 

Terima kasih dan harap maklum.

Quick Link