Definisi 5S
Terma Dalam Bahasa Jepun |
Dalam Bahasa Melayu
|
Maksud Dalam Konteks Jepun |
Seiri |
Sisih |
Buang semua sampah dan bahan-bahan yang tidak digunakan di tempat kerja. |
Seiton |
Susun |
Susun fail/dokumen/alatan di tempat yang betul supaya mudah diambil. |
Seiso |
Sapu |
Membersihkan kawasan pejabat: semua perlu membantu membersihkan tempat kerja.
|
Seiketsu |
Seragam |
Menyeragamkan cara mengekalkan kebersihan. |
Shitsuke |
Sentiasa Amalkan |
Sentiasa mengamalkan prinsip ‘Lima S’ setiap hari – jadikan ia satu cara hidup; merupakan sebuah ‘komitment’.
|
- 5S merupakan satu permulaan kepada kehidupan yang sihat, selesa dan produktif untuk semua di tempat kerja. Semua perkara-perkara ini adalah asas kepada peningkatan produktiviti.
- Sekiranya ia dilaksanakan dengan betul dalam sesebuah syarikat, amalan 5S boleh mendatangkan perubahan yang luar biasa.
- 5S adalah singkatan bagi lima perkataan Jepun yang terdiri daripada Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke.
- Daya penggerak untuk program 5S datangnya daripada semua individu.