Sarawak ID|Register
Polls

Permohonan

Cara-cara membuat permohonan bekalan air baru

1. Premis anda hendaklah berjarak tidak lebih daripada 100 meter daripada bekalan air utama.

2. Pemohon hendaklah melantik seorang tukang paip berlesen yang akan menjalankan kerja-kerja paip dalaman anda. Senarai tukang paip berlesen boleh didapati di pejabat Lembaga Air Sibu atau anda boleh menyemak sendiri di laman web kami (Senarai Tukang Paip Berlesen).

3. Tukang paip berlesen tersebut akan:

(a) Membantu anda untuk mengisi borang permohonan..

(b) Menghantar borang permohonan anda, bersama-sama dengan salinan kad pengenalan, dan sekiranya premis anda tidak dibina oleh pemaju, anda juga perlu menyediakan satu salinan hak milik tanah premis anda ke pejabat Lembaga Air Sibu.

(c) Mengatur untuk pemeriksaan pemasangan paip dalaman setelah kerja-kerja pemasangan paip dalaman selesai.

(d) Meter Air hendaklah dipasang oleh Jurugegas Paip Berlesen yang bertugas bagi pihak Lembaga Air Sibu.

Quick Link