Adalah menjadi dasar Lembaga untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat, dalam pengeluaran dan pengagihan air bersih dan juga dalam perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan kami.
Kami akan menguruskan aktiviti-aktiviti kami supaya sebarang risiko yang tidak diingini yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pelanggan ataupun mana-mana ahli orang awam berlaku semasa kami melaksanakan operasi. Dasar ini bermaksud kami akan mematuhi semua peraturan, kod amalan yang sesuai, serta keperluan lain dan akan mengambil langkah-langkah tambahan yang dianggap perlu. Kami akan menjadikan pengetahuan dan kepakaran kami sentiasa tersedia kepada mana-mana pihak yang berkaitan dan pihak berkuasa.
Kami akan:
- Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi kakitangan kami yang berada di kawasan kerja masing-masing.
- Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan yang berada dalam bidang kuasa kami dan bertindak dengan sewajarnya bagi mencegah sebarang kemudaratan terhadap pelanggan dan orang awam.
- Mengambil langkah-langkah yang praktik bagi mengurangkan kemalangan atau meminimakan kesan kemalangan sekiranya ia berlaku.
- Menyediakan maklumat, latihan serta sokongan kepada kakitangan, rakan kongsi dan pelanggan kami dalam pengendalian bahan-bahan kimia yang berbahaya untuk kegunaan biasa dan juga semasa situasi kecemasan.
- Menambahbaik sistem dan proses secara berterusan untuk memastikan aktiviti kami mematuhi semua keperluan berkanun dan keperluan ISO45001 Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS).