Print this page

Piagam Pelanggan

1. Penyambungan meter baru akan dibuat dalam masa 4 hari bekerja selepas pembayaran bil dan pemeriksaan pemasangan paip dalaman.

2. Pemeriksaan pemasangan paip dalaman akan dibuat dalma masa 2 hari bekerja selepas menerima notis.

3. Segala pertanyaan bil air akan diselesaikan dalam masa 1 hari.

4. Meter air yang telah dipotong bekalannya kerana tidak menjelaskan bil air akan disambungkan semula bekalannya dalam 24 jam selepas pembayaran semua bil dan bayaran sambungan semula dibuat.

5. Wang cagaran akan dipulangkan dalam bentuk cek dalam masa 2 minggu selepas menerima notis pemotongan bekalan air.

6. Gangguan bekalan air yang dirancang akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 1 hari lebih awal.

7. Lori tangki air akan menghantar air kepada pengguna tidak lebih daripada 4 jam, selepas menerima permintaan, jika berlaku gangguan bekalan.

8. Tindakan akan diambil dalam masa 1 hari, untuk memulihkan bekalan jika menerima aduan tentang paip pecah atau kebocoran.

9. Pembayaran akan dibuat dalam masa 2 minggu selepas menerima inbois daripada pembekal.

10.Pembacaan meter dan penghantaran bil air akan dibuat berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

English Version


Previous page: Corporate Video
Next page: Permohonan Bekalan