Print this page

Permohonan Bekalan

1. Premis anda mestilah sekurang-kurangnya 305 meter daripada paip air utama.

2. Anda mestilah menggunakan perkhidmatan Tukang paip berlesen untuk membuat pemasangan sistem pemasangan paip dalaman premis anda. Senarai Tukang paip berlesen yang diluluskan boleh didapati daripada pejabat LAS.

3. Tukang paip berlesen akan:

(a) Mendapatkan borang permohonan dan membantu anda mengisi borang permohonan tersebut.

(b)Menghantar borang permohonan, salinan Kad Pengenalan dan jika premis anda tidak bina oleh pemaju perumahan, anda juga mesti menghantar salinan dokumen hakmilik premis anda ke pejabat LAS.

(c) Membuat plan lekaran kasar premis anda di belakang borang permohonan.

(d) Membuat sistem pemasangan paip dalaman premis anda hinggalah ke meter.

(e) Memohon kepada LAS untuk pemeriksaan sistem pemasangan paip dalaman anda.

4. LAS akan memproses permohonan anda dan akan mengeluarkan bil untuk kos pemasangan paip komunikasi, wang cagaran, pencaruman dan kos pemeriksaan.

5. Anda dikehendaki datang ke pejabat LAS untuk membuat pembayaran bil tersebut dan menandatangani Surat Perjanjian Bekalan Air.

6. LAS akan membuat pemasangan paip komunikasi dan meter di premis anda.

 


Previous page: Piagam Pelanggan
Next page: Cara Membaca Meter