Peranan Pengguna
Pengguna juga memainkan peranan yang penting didalam perkhidmatan yang lebih baik untuk anda, sila:
1. Jaga kebersihan sungai-sungai kita dengan tiada membuang sampah sarap kedalamnya.
2. Guna air dengan cara yang bijak dan jangan membazir.
3. Baiki segala kebocoran kecil dirumah dan periksa meter air anda selalu. Bacaan meter sepatutnya tidak bergerak jika tap air anda di tutup.
4. Bersihkan tangki simpanan air anda sekali pada masa yang ditetapkan.
5. Laporkan kepada LAS jika:
(a) Anda mengalami tekanan air rendah atau tidak air.
(b) Anda mengesan kebocoran air, paip pecah atau ada orang membuat penyambungan haram.
(c) Anda melihat orang menggangu injap dan pili bomba LAS.
(d) Bekalan air ditempat anda keruh.
(e) Bacaan meter anda mempunyai perbezaan yang besar berbanding dengan bacaan pada bil anda.
(f) Anda tidak menerima bil anda pada tarikh yang dijangkakan.
6. Buat pembayaran bil anda dengan cepat untuk mengelakan permotongan bekalan.
7. Simpan resit bil-bil anda sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan.
8. Sediakan peti
9. Pastikan kawasan meter anda sentiasa bebas daripada apa-apa halangan.
Previous page: Pemotongan Sementara
Next page: Cara Menjimatkan Air