Print this page

Pemotongan Sementara

PEMOTONGAN SEMENTARA (ATAS PERMINTAAN)

Meter air pada premis yang tidak didiami masih boleh berjalan disebabkan kebocoran atau tap air lupa ditutup. Caj minima juga akan dikenakan bagi akaun yang aktif.

Jadi jikalau seseorang pelanggan memikirkan bahawa premis tersebut tidak memerlukan air bagi sesuatu tempoh, pelanggan tersebut bolehlah memohon untuk pemotongan sementara bagi bekalan air.

Semasa Penyambungan

(a) Seseorang pelanggan dikehendaki membayar wang pendahuluan (deposit) mengikut caj semasa.

(b) Bekalan tersebut akan didaftar atas nama pemilik yang sah.

(c) Seseorang pelanggan akan dikenakan caj “pemasangan semula” (RM5.50) di mana ianya akan dimasukkan ke dalam bil bulanan pertama selepas pemasangan / penyambungan.


Previous page: Ujian Kejituan Meter
Next page: Peranan Pengguna